Sunday, March 1, 2009

uLtiMatE fRisbEE???

ape kejadahnye ultimate frisbee 2?adakah sejenis makanan???kenderaan???.manusia???kedey mam cm mamak 2 ke???..aku pon xtaw sgt..heee..bwh ne dala info tg menatang 2..
(aku cilok dr www.utusan.com.my)





ARKIB : 21/02/2009

NFDA kembangkan sukan ultimate frisbee

SEREMBAN 20 Feb. – Persatuan Piring Terbang Negeri Sembilan (NFDA) berhasrat mengembangkan sukan ultimate frisbee di kalangan belia untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Timbalan Presiden NFDA, Khairil Hafidz Khairuddin berkata, untuk mengembangkan sukan berkenaan, persatuan akan memperkenalkan modul Program Pengenalan Frisbee (FIP) bagi menarik minat pelajar sekolah, remaja dan belia terlibat dengan sukan ini.

‘‘Apabila kita menceburkan diri dalam ultimate frisbee, ia akan meningkatkan tahap kecerdasan, sihat tubuh badan dan paling utama berkeupayaan mengakrabkan hubungan dengan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya di sini hari ini.

Kata Khairil, ultimate frisbee adalah sukan yang berasal dari negara Amerika Syarikat yang mula diperkenalkan pada 1960-an.

‘‘Ultimate frisbee ini merupakan sukan tanpa sentuhan, yang dimainkan oleh sepasukan tujuh sebelah dan ia menggunakan cakera frisbee seberat 175 gram.

‘‘Sukan ini merupakan kombinasi acara bola jaring, bola keranjang, ragbi dan American football. Perlu diingatkan, pemain tidak dibenarkan berlari untuk membawa cakera frisbee ini,’’ jelasnya.

Ujar Khairil, pemain hanya dibenarkan statik pada kedudukan sebagaimana permainan bola jaring dan mendapat mata apabila menangkap cakera frisbee di dalam kawasan gol.

‘‘Keunikan sukan ini adalah kerana ia diadili sendiri oleh pemain di mana sebarang keputusan dibuat oleh pemain secara perbincangan.

‘‘Sukan ini menitikberatkan semangat kesukanan yang tinggi di mana spirit of the game (SOTG) adalah kata kunci utama dalam pelaksanaan sukan ultimate frisbee ini. Sukan ini tidak melibatkan kos yang tinggi kerana sekeping cakera frisbee boleh dimainkan dua orang,” tambahnya.





:::nape ehh ttba aku y pmlas n xsuke bsukan ne bmnat tg menatang 2????:::


heeee..nela sebabnye.....
pakwe aku men menatang ne upenye...heee..sj nk ltk pic neh..pomot pakwe y mg gile glamer.y tgh melompat katak 2 pakwe aku..bkn y pkai tudong n y npk spruh je bdn 2....haha..i luv u cyg..


::::aku bkn pe..nk gak fahami ape y pakwe aku minat..barula slg mmhami..(ceh..poyo gile ayt..)::::



4 comments:

hafizzuan said...

aku pernah main frisbee ni masa kat uitm melaka dulu..ahakz

NuR said...

oh..yeke??asal aku xtaw..mg truk tol aku neh..lalala..haha

O.L.E said...

hensemnyer laki lompat katak tu!!!

NuR said...

heeee...lor,npk ke muke?org xnpk ke?mg tjam pglihatan incik ole ye...mekaseyla memuji..hahaha